Tuesday, August 3, 2010

Kuasa Veto Dalam PBB:Perlukah Ia Ada?

Salam sejahtera kepada semua.Aku kembali menulis lagi di ruangan blog ini untuk tatapan ramai.Tatkala nukilan ini ku taip,aku baru sahaja sudah mandi.Aku tak mahu bermadah berlebihan bagi awalan nukilan ini.Akan ku teruskan dengan rutin biasa bagi laman blog ini iaitu perbincangan,pendapat dan apa2 sahaja maklum balas daripada para pembaca yang ku hormati tentang topik yang ku utarakan.Baiklah,topik pada kali ini ialah “Kuasa Veto Dalam PBB:Perlukah Ia Ada?”.Apakah PBB?.PBB adalah singkatan dalam bahasa Malaysia kepada perkataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dalam perbendaharaan Bahasa Inggerisnya ialah United Nations (UN).Pertubuhan ini dianggotai oleh hampir 99.9% negara yang berdaulat di atas muka bumi ini.Secara amnya,PBB merupakan pertubuhan berkecuali yang biasanya menjadi orang tengah dan rujukan bagi mana-mana negara atau pihak tentang isu-isu antarabangsa.Menariknya,system pentadbiran PBB tidak mempunyai ketua atau presiden seperti mana lazimnya bagi sesebuah organisasi,tetapi hanya mempunyai setiausaha agung yang menjalankan tugasan PBB.Veto pula adalah satu istilah yang digunakan dalam PBB bagi negara-negara yang mempunyai kuasa mutlak dalam PBB.Veto dari segi istilah bahasa adalah bermaksud “membenarkan”.Kuasa mutlak yang dinyatakan di sini merangkumi ekonomi,ketenteraan,sosial dan sebagainya.Antara senarai negara yang yang diberi kuasa ini ialah Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Rusia dan China.Pada dasarnya,antara penyebab negara-negara seperti yang disenaraikan mendapat kuasa veto adalah berdasarkan geografi negara tersebut,kekuatan ketenteraan dan kekukuhan ekonomi dari semasa ke semasa.

Mungkin ramai di antara kita yang tertanya-tanya,kenapakah perlunya kuasa Veto?.Mengikut dari sisi pandangan PBB,kuasa Veto adalah perlu bagi mengelakkan sebarang persengketaan antara mana-mana negara yang mengganggotai PBB,negara pemegang kuasa Veto dapat menjadi orang tengah bagi sesuatu rundingan antara negara anggota dan menjamin kredibiliti PBB agar terus dihormati oleh negara ahli yang lain.Persoalan yang timbul sekarang,adakah kuasa itu digunakan sebaiknya oleh negara anggota serta mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh PBB atau sebagai satu benteng kekebalan kepada negara kuasa Veto bagi bertindak untuk memenuhi kepentingan negara sendiri?.Pada akhir-akhir ini,sering kita dengari banyak isu yang timbul tentang penggunaan kuasa Veto di kalangan negara pemegang kuasa ini.Terlalu banyak keraguan tentang cara negara kuasa Veto bertindak di peringkat antarabangsa dalam menangani sesuatu isu.Sebagai contoh,isu kedaulatan Palestin.Rejim Yahudi yang berlindung di sebalik negara Israel dengan sewenang-wenangnya menyerang warga Palestin tanpa belas kasihan.Mengapa Amerika Syarikat bertindak secara berat sebelah dengan hanya mengiyakan sahaja tindakan Israel seterusnya mempertahankan sekutunya itu?.Apakah ini lunas-lunas PBB yang diikuti oleh Amerika Syarikat?.Isu lain yang menimbulkan keraguan adalah isu pembangunan dan pengkayaan uranium di Iran.Kenapa Amerika Syarikat begitu bersungguh-sungguh menggunakan kuasa Veto yang diperuntukkan untuk menghentam dan menyekat Iran?.Sedangkan,Israel yang tidak jauh dari Iran dengan bangga menyatakan kuantiti peledak bom nuklear yang ada dalam simpanan ketenteraannnya kepada tatapan antarabangsa.Apakah tindakan Amerika Syarikat kepada Israel?.Tiada hingga kini.Diam dan menunggu sahaja adalah tindakan yang difikirkan terbaik oleh Amerika Syarikat dalam hal ini Israel ini.

Isu yang paling nyata dan jelas penyalahgunaan kuasa Veto oleh negara-negara kuasa ini ialah pencerobohan Amerika Syarikat ke atas negara Afghanistan dan Iraq serta serangan darat oleh tentera Russia ke atas Georgia.Lihat,2 peristiwa ini ternyata membuktikan bahawa kuasa Veto menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan bagi agenda tersembunyi.Seperti yang telah tercatat dalam sejarah,Iraq,Afghanistan dan Georgia adalah negara yang memperoleh kemerdekaan secara sah dan berdaulat.Kemerdekaan negara-negara ini telah disahkan oleh PBB sendiri.Tetapi,mengapa dan kenapa kuasa veto menceroboh negara tersebut tanpa memperdulikan nasihat dan larangan dari PBB sendiri.Nah,jika pemberi kuasa pun sudah ditentang,apatah lagi negara gabungan yang bernaung di bawah PBB.Amerika Syarikat dan Rusia diumpamakan “lebih kuah daripada nasi” kerana perbuatannya menceroboh negara yang berdaulat tanpa berunding dengan PBB terlebih dahulu.Banyak lagi isu penyalahgunaan kuasa Veto oleh 5 negara ini,cuma ia umpama “berlalu di bawa angin bayu”.Apa gunanya kuasa veto jika ia disalahgunakan?.Cadangan terbaik pada pandanganku,mansuhkan sahaja kuasa ini.Gantikan dengan sesuatu elemen atau perkara yang lebih adil kepada negara anggota naungan PBB.Jangan kerana 5 negara anggota ini,semua negara anggota terkena akibatnya.Seperti kata pepatah”Kerana lumpur sepalit,habis semua lembu sekandang”.sampai sini sahaja nukilanku yang ku ingin luahkan kepada pembaca.
Sekian,terima kasih…

Sunday, August 1, 2010

Rasuah:Sampai Bila Kesudahannya?

Salam sejahtera......

Blog ini kembali ku kemaskini untuk tatapan ramai.Restoran Saffron menjdi tempat ku ber"online".Terima kasih tak terhingga kepada pemilik restoran ini kerana membenarkan ku melayari internet di sini.Jam menunjukkan tepat pukul 1.20 a.m pada 2 Ogos 2010.Baiklah,kali ini aku ingin berkongsi pendapat,komen,kritikan dan ape2 sahaja tentang isu "Rasuah:Sampai Bila Kesudahannya?".Rasuah sudah acap kali kita dengari pada masa ini.Daripada dahulu hingga kini,ia tak pernah selesai.Umpama ia kebal dari segala2nya,seperti "immortal".Rasuah,secara amnya adalah perbuatan menyogok dan menerima sesuatu yang bernilai sebagai jalan pintas kepada sesuatu perkara.Dimudahkan,ia merupakan taktik kotor untuk mendapatkan sesuatu perkara.Di mana2 negara pun,rasuah tetap wujud dan diamalkan,cuma kuantitinya sahaja berbeza.Perbuatan rasuah ini amat tidak bermoral.Ia umpama mencemar tata etika sesuatu kerja.Di negara moden sekali pun,rasuah di anggap musuh yang tersembunyi.Rasuah merebak dalam senyap,menjadi duri dalam daging kepada sesebuah kerajaan dan barah yang tiada penawarnya.Antara isu rasuah yang paling sensasi pernah terjadi adalah Skandal Watergate di Amerika Syarikat.Pada skandal itu berlaku,Amerika Syarikat ditadbir oleh Presiden Nixon.Ahli pimpinan tertinggi pentadbiran pada masa itu cuba memecah masuk Hotel Watergate di Amerika Syarikat kerana ingin mengambil fail sulit presiden.Polis telah menahan kesemua penceroboh pada masa itu dan siasatan dijalankan.walaupun ada bukti kukuh dan boleh dijatuhkan hukuman,tetapi pesalah dibebaskan tanpa sebarang syarat.Warga Amerika Syarikat terkejut dengan keputusan mahkamah itu dan ada mendesak supaya Presiden Nixon meletak jawatan.Akhirnya,dalam sejarah senarai presiden Amerika Syarikat telah tercatat bahawa Nixon adalah satu2nya presiden yang meletakkkan jawatan ketika menyandang jawatan presiden,bukannya secara pilihanraya yang menjadi perlembagaan negara itu.Nah,sejarah membuktikan bahawa rasuah mampu mengganggu gugat sesebuah kerajaan malahan tamadun sekalipun jika ia di biarkan bermaharajalela.Walaupun undang2 dicipta untuk menghalang rasuah sekalipun,jika individu itu sendiri itu menyalahgunakan kuasa yang ada untuk mengatasi undang2 itu,ia umpama tin kosong,hanya ada pada nama sahaja,bukan perlaksaaannya.Seperti di negara China,walaupun undang2 bagi pesalah rasuah adalah hukuman mati mandatori,namun rasuah tetap berlaku cuma kuantiti pelakunya sedikit dan mampu dikawal.Kesedaran pada setiap individu itu penting bagi mengurangkan gejala rasuah.Jangan amalkan sikap "kroni" yang secara asasnya adalah bibit rasuah.Wang dan harta adalah segalanya tetapi lebih bermakna jika ia diperolehi secara usaha keras dan amanah.Jagalah integriti kita kerana ia mencerminkan kita.Ingatlah bahawa rasuah diibaratkan seperti bom jangka,jika tidak dimatikan ia mampu membunuh segala unsur2 moral yang kita pegang teguh selama ini.Akhir kata,tepuk dada,tanya iman jika anda mahu mengambil rasuah kerana kesan yang datang adalah dalam bentuk jangka panjang...

terima kasih....