Friday, May 6, 2011

Nur Atiqah Binti Abd Halim

Salam dan salam sejahtera kepada para pembaca aku.Pada penulisan kali ini,aku ingin membawa sedikit kelainan.Mungkin anda semua tertanya kerana jika melihat pada tajuk penulisan ini,anda akan tertanya-tanya siapakah dia dan apa hubungan dia pada aku.

Mungkin anda semua menyangka aku sebagai penulis blog yang agak radikal dengan membincangkan isu-isu semasa,politik dan sosial.Buang sangkaan anda itu kerana aku ini juga dianggap fleksibel kerana boleh juga aku menggarap nukilan yang berbentuk bebas seperti ini.Jangan membuang masa lagi dengan madah pujangga,mari aku perkenalkan siapa empunya diri yang menjadi tajuk penulisan aku pada kali ini.



Nur Atiqah Binti Abd Halim,dia dilahirkan pada 16 Oktober 1991.Tempat ilahirkan aku tak berapa ingat sebab aku ni lupa nak bertanya pada tuan empunya badan ini.Menetap di Kuantan,Pahang dan merupakan anak bongsu daripada 4 adik-beradik.Aku mengenali dia pada awal September 2010,semasa aku di semester akhir dalam melengkapkan pengajian aku dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan.Pada awal perkenalanku dengan dirinya,aku hanya menulis mesej melalui laman sosial iaitu Facebook.Bermula dari saat itulah.hatiku mula berpaut pada dirinya.Walaupun kami berjauhan kerana ketika itu dia sedang menjalani latihan industri di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Putrajaya,namun ia tak halang aku dari terus menyakinkan dia bahawa aku mula sayang padanya.

Dalam masa beberapa minggu aku cuba mengenali isi hatinya,ternyata aku tealah dilamun cinta.Tanpa menunggu lama,aku terus melamar dia sebagai kekasih hatiku.Walaupun lamaran dibuat denagan aku berada di Kuantan,Pahang dan dia berada di Putrajaya,akan tetapi itu tidak menghalang aku daripada meneruskan niat ikhlas ku padanya.Tepat jam 6.00 petang tanggal 22 September 2010,secara rasmi antara aku dan dia menjadi kekasih walaupun orang lain tak tahu mengenai hal ini.

Ku ucapkan syukur pada yang Maha Esa kerana sampai pada saat ini,aku tetap bahagia dengannya.Walaupun kadang-kadang kami berbeza pendapat,namun ia dapat diselesaikan dengan cara yang elok.Aku harapkan hubungan aku dan dia berkekalan.Kepada Cik Nur Atiqah,jangan marah kerana menggarap nukilan ini.Sekadar untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup kita kepada umum.Kepada para pembaca,teruskan membaca blog ku ini dan doakan kesejahteraan kami.

AMIN....

Sekian.....

Kill The Laden:New Era For US....

Salam sejahtera kepada para pembaca.Sudah lama aku tak menulis kerana agak sibuk dalam mengraduasikan diriku dan masuk ke alam baru iaitu bekerja dan mencari harta sendiri.Sepanjang peninggalan ku di dalam arena penulisan ini,banyak hal semasa yang telah berlaku.Tsunami di Jepun,pendedahan yang menggemparkan tentang video seks,kejayaan Malaysia dalam arena bola sepak Asia Tenggara (ASEAN) dan berbagai lagi.Tetapi,pada kali ini,ingin ku utarakan satu lagi peristiwa cukup besar bagi dunia amnya iaitu pembunauhan Osama Bin Laden,yang dianggap pengganas paling dikhendaki oleh CIA dan agen risikan negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat

Siapakah Osama Bin Laden?.Mengikut maklumat terkini,Osama Bin Laden berketurunan Al-Qahtani.Berasal dari keluarga kongolemrat Arab Saudi.Mengikut sumber terkini juga,Osama Bin Laden mempunyai empat orang isteri dan 20 orang anak hasila dari perkongsian hidup dengan keempat-empat isterinya.Semasa pendudukan Soviet Union yang kini dikenali sebagai Russia di Afganistan,Osama Bin Laden telah bekerjasama dengan amerika Syarikat untuk mengahalau penjajahan itu.Osama Bin Laden telah menubuhkan satu pertubuhan yang dinamakan Taliban bagi melakukan penentangan pada pihak Soviet secara serang hendap dan militan.Amerika Syarikat telah melatih dan memberi bantuan pada pihak Taliban dalam menjayakan penentangan itu.Setelah Soviet Union tumbang,maka Taliban mengambil tampuk pemerintahan Afganistan.Setelah peristiwa 11 September 2001,Amerika Syarikat menuduh Osama Bin Laden menjadi dalang kepada serangan itu dan menjadi tulang belakang kepada organisasi pengganas yang dinamakan Al-Qaeda.maka bermulalah era baharu dalam dunia moden pada masa ini apabila Afganistan diceroboh tentera bersebjata Amerika Syarikat dengan tujuan menghapuskan penggana dan melumpuhkan Taliban serta Al-Qaeda.

Kini,Amerika Syarikat telah menyebarkan dakwaan bahawa pihak mereka telah berjaya membunu Osama Bin Laden dalam satu operasi serbuan khas oleh Komando Elit SEAL.Operasi dilakukan di Abbothad,Pakistan dengan berlakunya pertempuran selama 40 minit.Akhirnya,orang yang paling dikhendaki oleh Amerika Syarikat telah berjaya dihapuskan.Ternyata,kepimpinan Amerika Syarikat pasti menarik nafas lega dengan kejayaan ini.Persoalannya sekarang,adakah Amerika Syarikat dan dunia selamat dengan peristiwa ini?.Jika ia berjaya dan selamat,mengapa dan kenapa Amerika Syarikat mengeluarkan arahan kepada rakyatnya di luar negara agar berhati-hati dengan kemungkinan serang balas Al-Qaeda?.Adakah ini tindakan yang selamat?.Tidakkah warganya berasa terancam apabila hendak ke mana-mana?.


Kesimpulannya,semuanya belum berakhir lagi.Malah,ia merupakan satu era baru bagi dunia amnya dan Amerika Syarikat khususnya.Mungkin selepas ini ancaman baharu akan mendatang hasil tindakbalas daripada kematian Osama BIn Laden.Jika sebelum ini,Osama Bin Laden dilabel pengganas bagi menutupi kelemahan Amerika Syarikat,siapakah kambing hitam yang bakal dijadikan sebagai pengganas era baharu dan moden pada abad ini?.Amerika Syarikat dan sekutunya mungkin mencari helah lain bagi menakluki lain dengan alasan menghapuskan keganasan.Hiduplah masyarakat dunia dengan ketakutan,bukan pada penggans yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat tetapi pada kekuatan Amerika Syarikat yang bakal menakluk negara lain yang tidak sefahaman dengan mereka.

Sekian,terima kasih.

Tuesday, August 3, 2010

Kuasa Veto Dalam PBB:Perlukah Ia Ada?

Salam sejahtera kepada semua.Aku kembali menulis lagi di ruangan blog ini untuk tatapan ramai.Tatkala nukilan ini ku taip,aku baru sahaja sudah mandi.Aku tak mahu bermadah berlebihan bagi awalan nukilan ini.Akan ku teruskan dengan rutin biasa bagi laman blog ini iaitu perbincangan,pendapat dan apa2 sahaja maklum balas daripada para pembaca yang ku hormati tentang topik yang ku utarakan.Baiklah,topik pada kali ini ialah “Kuasa Veto Dalam PBB:Perlukah Ia Ada?”.Apakah PBB?.PBB adalah singkatan dalam bahasa Malaysia kepada perkataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dalam perbendaharaan Bahasa Inggerisnya ialah United Nations (UN).Pertubuhan ini dianggotai oleh hampir 99.9% negara yang berdaulat di atas muka bumi ini.Secara amnya,PBB merupakan pertubuhan berkecuali yang biasanya menjadi orang tengah dan rujukan bagi mana-mana negara atau pihak tentang isu-isu antarabangsa.Menariknya,system pentadbiran PBB tidak mempunyai ketua atau presiden seperti mana lazimnya bagi sesebuah organisasi,tetapi hanya mempunyai setiausaha agung yang menjalankan tugasan PBB.Veto pula adalah satu istilah yang digunakan dalam PBB bagi negara-negara yang mempunyai kuasa mutlak dalam PBB.Veto dari segi istilah bahasa adalah bermaksud “membenarkan”.Kuasa mutlak yang dinyatakan di sini merangkumi ekonomi,ketenteraan,sosial dan sebagainya.Antara senarai negara yang yang diberi kuasa ini ialah Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Rusia dan China.Pada dasarnya,antara penyebab negara-negara seperti yang disenaraikan mendapat kuasa veto adalah berdasarkan geografi negara tersebut,kekuatan ketenteraan dan kekukuhan ekonomi dari semasa ke semasa.

Mungkin ramai di antara kita yang tertanya-tanya,kenapakah perlunya kuasa Veto?.Mengikut dari sisi pandangan PBB,kuasa Veto adalah perlu bagi mengelakkan sebarang persengketaan antara mana-mana negara yang mengganggotai PBB,negara pemegang kuasa Veto dapat menjadi orang tengah bagi sesuatu rundingan antara negara anggota dan menjamin kredibiliti PBB agar terus dihormati oleh negara ahli yang lain.Persoalan yang timbul sekarang,adakah kuasa itu digunakan sebaiknya oleh negara anggota serta mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh PBB atau sebagai satu benteng kekebalan kepada negara kuasa Veto bagi bertindak untuk memenuhi kepentingan negara sendiri?.Pada akhir-akhir ini,sering kita dengari banyak isu yang timbul tentang penggunaan kuasa Veto di kalangan negara pemegang kuasa ini.Terlalu banyak keraguan tentang cara negara kuasa Veto bertindak di peringkat antarabangsa dalam menangani sesuatu isu.Sebagai contoh,isu kedaulatan Palestin.Rejim Yahudi yang berlindung di sebalik negara Israel dengan sewenang-wenangnya menyerang warga Palestin tanpa belas kasihan.Mengapa Amerika Syarikat bertindak secara berat sebelah dengan hanya mengiyakan sahaja tindakan Israel seterusnya mempertahankan sekutunya itu?.Apakah ini lunas-lunas PBB yang diikuti oleh Amerika Syarikat?.Isu lain yang menimbulkan keraguan adalah isu pembangunan dan pengkayaan uranium di Iran.Kenapa Amerika Syarikat begitu bersungguh-sungguh menggunakan kuasa Veto yang diperuntukkan untuk menghentam dan menyekat Iran?.Sedangkan,Israel yang tidak jauh dari Iran dengan bangga menyatakan kuantiti peledak bom nuklear yang ada dalam simpanan ketenteraannnya kepada tatapan antarabangsa.Apakah tindakan Amerika Syarikat kepada Israel?.Tiada hingga kini.Diam dan menunggu sahaja adalah tindakan yang difikirkan terbaik oleh Amerika Syarikat dalam hal ini Israel ini.

Isu yang paling nyata dan jelas penyalahgunaan kuasa Veto oleh negara-negara kuasa ini ialah pencerobohan Amerika Syarikat ke atas negara Afghanistan dan Iraq serta serangan darat oleh tentera Russia ke atas Georgia.Lihat,2 peristiwa ini ternyata membuktikan bahawa kuasa Veto menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan bagi agenda tersembunyi.Seperti yang telah tercatat dalam sejarah,Iraq,Afghanistan dan Georgia adalah negara yang memperoleh kemerdekaan secara sah dan berdaulat.Kemerdekaan negara-negara ini telah disahkan oleh PBB sendiri.Tetapi,mengapa dan kenapa kuasa veto menceroboh negara tersebut tanpa memperdulikan nasihat dan larangan dari PBB sendiri.Nah,jika pemberi kuasa pun sudah ditentang,apatah lagi negara gabungan yang bernaung di bawah PBB.Amerika Syarikat dan Rusia diumpamakan “lebih kuah daripada nasi” kerana perbuatannya menceroboh negara yang berdaulat tanpa berunding dengan PBB terlebih dahulu.Banyak lagi isu penyalahgunaan kuasa Veto oleh 5 negara ini,cuma ia umpama “berlalu di bawa angin bayu”.Apa gunanya kuasa veto jika ia disalahgunakan?.Cadangan terbaik pada pandanganku,mansuhkan sahaja kuasa ini.Gantikan dengan sesuatu elemen atau perkara yang lebih adil kepada negara anggota naungan PBB.Jangan kerana 5 negara anggota ini,semua negara anggota terkena akibatnya.Seperti kata pepatah”Kerana lumpur sepalit,habis semua lembu sekandang”.sampai sini sahaja nukilanku yang ku ingin luahkan kepada pembaca.
Sekian,terima kasih…

Sunday, August 1, 2010

Rasuah:Sampai Bila Kesudahannya?

Salam sejahtera......

Blog ini kembali ku kemaskini untuk tatapan ramai.Restoran Saffron menjdi tempat ku ber"online".Terima kasih tak terhingga kepada pemilik restoran ini kerana membenarkan ku melayari internet di sini.Jam menunjukkan tepat pukul 1.20 a.m pada 2 Ogos 2010.Baiklah,kali ini aku ingin berkongsi pendapat,komen,kritikan dan ape2 sahaja tentang isu "Rasuah:Sampai Bila Kesudahannya?".Rasuah sudah acap kali kita dengari pada masa ini.Daripada dahulu hingga kini,ia tak pernah selesai.Umpama ia kebal dari segala2nya,seperti "immortal".Rasuah,secara amnya adalah perbuatan menyogok dan menerima sesuatu yang bernilai sebagai jalan pintas kepada sesuatu perkara.Dimudahkan,ia merupakan taktik kotor untuk mendapatkan sesuatu perkara.Di mana2 negara pun,rasuah tetap wujud dan diamalkan,cuma kuantitinya sahaja berbeza.Perbuatan rasuah ini amat tidak bermoral.Ia umpama mencemar tata etika sesuatu kerja.Di negara moden sekali pun,rasuah di anggap musuh yang tersembunyi.Rasuah merebak dalam senyap,menjadi duri dalam daging kepada sesebuah kerajaan dan barah yang tiada penawarnya.Antara isu rasuah yang paling sensasi pernah terjadi adalah Skandal Watergate di Amerika Syarikat.Pada skandal itu berlaku,Amerika Syarikat ditadbir oleh Presiden Nixon.Ahli pimpinan tertinggi pentadbiran pada masa itu cuba memecah masuk Hotel Watergate di Amerika Syarikat kerana ingin mengambil fail sulit presiden.Polis telah menahan kesemua penceroboh pada masa itu dan siasatan dijalankan.walaupun ada bukti kukuh dan boleh dijatuhkan hukuman,tetapi pesalah dibebaskan tanpa sebarang syarat.Warga Amerika Syarikat terkejut dengan keputusan mahkamah itu dan ada mendesak supaya Presiden Nixon meletak jawatan.Akhirnya,dalam sejarah senarai presiden Amerika Syarikat telah tercatat bahawa Nixon adalah satu2nya presiden yang meletakkkan jawatan ketika menyandang jawatan presiden,bukannya secara pilihanraya yang menjadi perlembagaan negara itu.Nah,sejarah membuktikan bahawa rasuah mampu mengganggu gugat sesebuah kerajaan malahan tamadun sekalipun jika ia di biarkan bermaharajalela.Walaupun undang2 dicipta untuk menghalang rasuah sekalipun,jika individu itu sendiri itu menyalahgunakan kuasa yang ada untuk mengatasi undang2 itu,ia umpama tin kosong,hanya ada pada nama sahaja,bukan perlaksaaannya.Seperti di negara China,walaupun undang2 bagi pesalah rasuah adalah hukuman mati mandatori,namun rasuah tetap berlaku cuma kuantiti pelakunya sedikit dan mampu dikawal.Kesedaran pada setiap individu itu penting bagi mengurangkan gejala rasuah.Jangan amalkan sikap "kroni" yang secara asasnya adalah bibit rasuah.Wang dan harta adalah segalanya tetapi lebih bermakna jika ia diperolehi secara usaha keras dan amanah.Jagalah integriti kita kerana ia mencerminkan kita.Ingatlah bahawa rasuah diibaratkan seperti bom jangka,jika tidak dimatikan ia mampu membunuh segala unsur2 moral yang kita pegang teguh selama ini.Akhir kata,tepuk dada,tanya iman jika anda mahu mengambil rasuah kerana kesan yang datang adalah dalam bentuk jangka panjang...

terima kasih....

Friday, July 30, 2010

Muda remaja:ancaman atau kejayaan?....

Sejahtera semua.....

Aku kembali berkarya di blog ni pada Jumaat yang merupakan hari mulia dan penghulu segala hari dalam satu mggu.Aku sekarang berada di Restoran Saffron,Air Putih,Kuantan bersame2 dgan rakan serumah sewa aku.hari ini seharian aku x der kelas kt Polisas dan ia umpama public holiday bg aku.Isu aku yg aku ingin aku ketetengahkan pada kali ini ialah:muda remaja,mase terbaik atau detik kehancuran.Sudah menjadi lumrah dan kuasa Tuhan bahawa setiap insan jika ada takdirnya akan melalui usia muda remaja sebelum sampai ke pengakhirannya iaitu mati.Muda remaja merupakan detik paling penting kerana ia menandakan perubahan dan perpindahan setiap insan ke alalm yang lebih dewasa dan berumur.Secara biologinya,remaja merupakan salah satu proses peralihan seorang manusia ke alam dewasa.Tanda2 yang dapat dilihat pada seseorang manusia ialah mengalami proses akil baligh,sifat yang teruja ingin mencuba sesuatu yang baru dan emosi yang semakin matang.Namun,ini semua bergantung kepada manusia itu sendiri dan faktor2 lain,antaranya hormon dalam badan,persekitaran sekeliling dan lain2 lagi.Pada detik muda remaja ini,selalunya manusia sering mencuba perkara baru.Dengan tenaga yang masih gagah,akal yang masih mentah dan segar serta pemikiran yang mudah dipengaruhi,remaja boleh diibaratkan sebagai laptop baru yang boleh diubahsuai mengikut trend semasa dan sokongan luar.Namun,ini juga boleh mengundah padah kepada masyarakat sekeliling kerana remaja mampu berubah mengikut elemen negatif jika tidak dipandu dengan bijak dan berhemah.Ditambah lagi pada masa kini yang dikatakan dengan zaman pembangunan dan urbanisasi moden,ia menguatkan lagi pengaruh elemen negatif terhadap remaja.Cuba kita lihat isu terkini pada masa kini.Banyak buruk daripada baiknya mengikut pandangan ku.Antara gejala negatif yang sering membelenggu remaja ialah seks bebas,buang anak luar nikah,dadah,vandalisme dan bermacam lagi yang tak mampu ku gambarkan.Gejala ini menular di kalangan remaja ibarat angin.Terlalu pantas dan seolah-olah x mampu disekatAdakah ini wabak baru di milenium ini?.Seperti bijak pandai mengatakan bahawa "pemuda tiang negara,pemudi harapan bangsa".Jika tiang rapuh dan longlai,adakah kekukuhan sesuatu kerajaan itu mampu bertahan?.Ada juga mengatakan bahawa umur 21 adalah kunci kebebasan.Ini menambahkan lagi kerisauan masyarakat yang telah tenat diselubungi gejala para remaja ini.Isu dadah umpamanya,ia bagaikan tidak berpenhujung kepada masyarakat.Dadah ibarat telah menetapkan kunci sasaran kepada golongan remaja.Ini merupakan ancaman yang amat berbahaya,sama bahaya dengan serangan pihak luar kepada negara kita.Dadah telah menyerang remaja secara senyap dan ibarat "musuh dalam selimut" kepada masyarakat.Remaja,berhati-hatilah dengan segala ancaman yang datang pada diri.Penuhi ilmu di dada dan kukuhkan benteng iman agar ampuh mendepani segala cabaran yang akan datang pada era serba mencabar ini.Seperti kata2 Presiden Sukarno ketika dalam era revolusi kemerdekaaan Indonesia,"jika ku diberikan seribu orang pemuda,nescaya mampu ku gegarkan dunia ini".Ku berpesan kepada para pembaca khususnya pemuda dan pemudi,bersiap siaga menghadapi segala ancaman yang datang... oleh sesiapa pun.Kerisauan dan kegundahan mula menjelma di kalangan masyarakat.

Terima kasih...

p/s:aku pown masih remaja...
      hua3...

Thursday, July 29, 2010

welcome back...

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Kembali semula aku menulis blog.dorongan mencipta idea,percambahan idea dan lain-lain lg faktor telah menyebabkan aku menulis kembali di laman blog.Aku telah menjadi blogger kembali.Pada ruangan blog yang ada,akan ku cuba memberi pendapat,berkongsi idea serta pendapat dan lain2 lg dengan para pembace (kalo ader la) tentang topik2 hangat,suam2 kuku serta yang dipikirkan perlu.aku tak nak menulis panjang bg pertemuan semula ini kerana idea x bercambah walaupun baja dah ditabur berguni-guni.Apa2 pun,tunggu topik perbincangan seterusnyer selepas ini (kalo ader la).jam menunjukkan pukul 3.53 a.m,aku plak ngah berchatting ngan Cik Sirap Laici sambil webcam (hu3).Aku akhiri salam perkenalan dengan kata2 ini..

"You break it,You buy"...

Syukran...